STRES



KONSEP  TEKANAN STRES


Definisi:

Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. 

Perkataan stres sebenarnya berasal daripada 2 perkataan iaiatu :
i.  eustres - bermaksud dapat menyesuaikan diri atau stres yang membina.  ii. distres  - bermaksud tidak dapat menyesuaikan diri atau merosakkan diri.

Dari sudut bahasa stres membawa maksud tekanan dimana tekanan ini adalah fitrah kehidupan. ( Harunssani, 2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006)


Kyriacou (2000) mendefinisikan stress merupakan pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan dan kemurungan akibat tugasnya sebagai seorang guru.


Jenis-jenis Stres:

Cockburn (1996) membahagikan stress kepada lima jenis iaitu:
  •          ‘here or now’
  •          ‘anticipation’
  •          stres imaginatif
  •          stres reaktif
  •          stres negatif

'here or now'

Definisi :   
Situasi yang wujud pada sesuatu masa atau suatu ketika.

Contoh :   
Guru berada dalam situasi peperiksaan, pertengkaran atau                   tergelincir semasa menurun tangga.
                                         tergelincir la pula!!!!!

oppsss..malunya!!!!!



Stres ‘anticipation’

Definisi : 
Guru akan bertindak balas terhadap sesuatu peristiwa yang dijangkakan                                

Contoh : 
Setiap hujung semester sekolah, pihak sekolah akan menganjurkan hari terbuka untuk berjumpa dengan ibu bapa. Guru yang baharu serta tidak berpengalaman akan berasa tertekan dan panik kerana tidak yakin                              untuk menghadapi situasi tersebut.                           

(a)


(b)


Stres imaginatif

Definisi: 
Dalam sesuatu situasi, individu akan berfikir dan berimaginasi tentang sesuatu yang ngeri, sesuatu yang menakutkan dan sebagainya.                                   

Contoh: 
Anda berada bersendirian di dalam bilik dan mendengar sesuatu di luar bilik anda.  Dengan spontan, anda akan berimaginasi tentang pelbagai situasi yang menakutkan seperti didatangi pencuri.                    


JANGAN LAKUKAN PERBUATAN INI DI MANA JUA ANDA BERADA!!!!!!

Stres reaktif

Definisi:  
Wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau, berlaku secara semula jadi dan kadang-kala sebagai satu proses memulihkan       

Contoh:  
Seseorang individu berasa sedih akibat daripada kematian orang terdekat.






Stres negatif

Definisi:  
Sesuatu yang kemuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu atau tahun, boleh berlaku disebabkan oleh satu punca sahaja                               

Contoh: 
Tidak mempunyai wang yang mencukupi.


Punca punca stres

Dunham &Varma (1998)
  •          mengajar pelajar yang kurang bermotivasi
  •          mengawal disiplin bilik darjah dan sekolah
  •          tekanan masa dan beban kerja
  •          menangani perubahan
  •          dinilai oleh pihak lain
  •          mempunyai kaitan kerja dengan rakan sekeja
  •          konsep kendiri dan status
  •          pihak pentadbiran dan pengurusan
  •          persekitaran kerja yang tidak kondusif


Kyriacou (1987)
  •          tekanan masa
  •          sikap buruk pelajar terhadap sekolah
  •          kurangnya motivasi di sekolah
  •          masalah pengurusan bilik darjah
  •          bilangan pelajar yang ramai di sekolah
  •          gaji yang rendah
  •          kurangnya bahan-bahan mengajar
  •          keadaan bekerja yang tidak kondusif
  •          konflik dengan r€akan sejawat

Tanda-tanda dan simptom-simptom stres

Simptom kognitif

  •          Masalah ingatan
  •          Kurang memberikan tumpuan
  •          Membuat penilaian yang tidak tepat
  •          Kerap berasa bimbang
  •          Berpandangan negatif
      Simptom emotional
  •          Muram
  •          Cepat marah
  •          Tidak boleh relaks
  •          Rasa hendak menangis
  •          Rasa kesunyian
  •          Kemurungan
  •          Kesedihan

Simptom fizikal
  •          Sakit sendi
  •          Cirit- birit atau konstipasi
  •          Sakit kepala
  •          Pening
  •          Sakit dada
  •          Mengalami masalah pencernaan
  •          Denyutan jantung pantas
  •          Ulser mulut
  •          Penurunan dalam desakan seks
  •          Selesema


Akibat stres akhirnya kesihatan anda akan terganggu.

Simptom tingkah laku
  •          Makan lebih atau kurang
  •          Tidur terlalu banyak atau kurang
  •          Menyendiri
  •          Menangguhkan atau mengabaikan tanggunjawab
  •          Merokok
  •          Minum arak atau mengambil dadah
  •          Menggigit kuku
  •          Berlangkah ke sana ke sini

Simptom kronik
  •          Tekanan darah meningkat
  •          Strok
  •          Serangan jantung
  •          Tahap kemurungan tinggi

Langkah-langkah mengatasi stres


Uruslah masa anda dengan baik.


Lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

  • Belajar cara mengatakan “tidak” atau “tidak mahu”
  • Mengurangkan masa berhubungan dengan individu yang  menyebabkannya menjadi stress.
  • Berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Menghantar e-mel kepada rakan
  • Membantu rakan secara sukarela
  • Keluar bersiar-siar dengan rakan sekerja
  • Mengadakan temu janji malam dengan orang yang disukai
  • Mengawal cara memberikan respons terhadap stress yang  dihadapi
  • Melakukan aktiviti regangan seperti yoga
  • Ambil masa untuk berehat
  • Menulis jurnal
  • Menguruskan masa dengan sistematik
  • Berfikiran positif


No comments:

Post a Comment